sukansekolahURUS SUKAN SEKOLAH ANDAKembali
Bantuan & Sokongan

Dapatkan bantuan sebelum, semasa, dan selepas kejohanan.

Pusat bantuan ini mengumpulkan langkah pantas untuk isu lazim SukanSekolah. Admin sekolah boleh hantar tiket terus dari Tetapan, atau gunakan emel jika belum boleh log masuk.

Persediaan sebelum kejohanan

Semak profil sekolah, rumah sukan, acara, peserta, dan papan live sebelum hari acara.

  • Lengkapkan profil sekolah dan logo
  • Import atau tambah peserta
  • Uji eksport laporan dan papan live

Hari kejohanan

Panduan ringkas apabila keputusan sedang direkod dan papan live digunakan di skrin besar.

  • Sediakan sambungan internet stabil
  • Buka papan live lebih awal
  • Eksport salinan laporan sebagai sandaran

Bayaran dan langganan

Semak tier sekolah, tarikh tamat, resit, dan akses kepada ciri berbayar.

  • Buka Tetapan > Langganan & bil
  • Semak status bayaran Stripe
  • Rujuk polisi bayaran dan refund

Akses dan data

Bantuan untuk akaun admin, portal pengurus rumah, data peserta, dan privasi.

  • Jangan kongsi pautan akses secara terbuka
  • Revok pautan pengurus rumah yang tidak digunakan
  • Semak Dasar Privasi untuk data peserta

Template laporan masalah

Salin struktur ini dalam emel supaya semakan lebih cepat.

Nama sekolah:
Emel admin:
Nama kejohanan:
Halaman yang bermasalah:
Apa yang dijangka berlaku:
Apa yang berlaku sekarang:
Mesej ralat / screenshot:

Soalan lazim

Jawapan ringkas untuk perkara yang kerap berlaku semasa setup sekolah.

Apa maklumat perlu dihantar apabila lapor masalah?

Sertakan nama sekolah, emel akaun admin, nama kejohanan, halaman yang bermasalah, langkah yang dibuat, mesej ralat jika ada, dan tangkapan skrin jika sesuai.

Apa yang perlu dibuat jika papan live tidak kemas kini?

Semak sambungan internet, refresh halaman papan live, pastikan kawalan papan live di tab Maklumat aktif, dan semak sama ada keputusan acara telah disimpan.

Bagaimana mahu semak resit atau status bayaran?

Admin sekolah boleh buka Tetapan > Langganan & bil. Jika akaun Stripe sudah dipautkan, butang Urus bil di Stripe akan membawa ke portal bayaran.

Boleh minta padam atau betulkan data peserta?

Boleh. Pentadbir sekolah boleh membetulkan data dalam sistem. Untuk permintaan pemadaman atau semakan khas, hubungi sokongan dengan pengesahan akaun sekolah.