Hantar tiket support
Cara admin sekolah menghantar isu terus kepada support tanpa perlu menggunakan emel.
- Untuk
- Admin sekolah
- Anggaran
- 2-5 minit
- Bila guna
- Guna apabila ada isu setup, billing, papan live, data atau bug yang perlu disemak oleh pasukan support.
Langkah
- 1
Log masuk sebagai admin sekolah.
- 2
Buka menu Tetapan dan cari panel Bantuan & sokongan.
- 3
Tekan Hantar tiket untuk membuka borang tiket.
- 4
Pilih kategori isu seperti Setup, Billing, Papan Live, Data, Bug atau Lain-lain.
- 5
Pilih keutamaan isu. Gunakan Kritikal hanya untuk isu yang menghalang kejohanan berjalan.
- 6
Tulis tajuk isu yang jelas dan ringkasan apa yang berlaku.
- 7
Sertakan halaman yang terlibat, nama kejohanan, mesej ralat dan langkah yang sudah dicuba.
- 8
Tekan Hantar. Tiket akan masuk ke giliran support superadmin untuk semakan.
Tips
- Lebih lengkap ringkasan isu, lebih cepat support boleh semak.
- Untuk isu papan live semasa hari kejohanan, pilih keutamaan Tinggi atau Kritikal.
- Emel support masih berguna jika anda tidak boleh log masuk langsung.
Masalah lazim
Butang hantar tiket tidak boleh ditekan.
Pastikan akaun anda sudah dikaitkan dengan profil sekolah. Jika belum, hubungi support melalui emel.
Saya sudah hantar tiket tetapi belum nampak balasan.
Tiket akan disemak di panel superadmin. Untuk isu kritikal semasa kejohanan, sertakan maklumat lengkap dan gunakan keutamaan yang sesuai.