sukansekolahURUS SUKAN SEKOLAH ANDASemua panduan
Panduan

Acara kejohanan

Tambah acara balapan, padang atau terbuka beserta kategori, jantina, tarikh dan masa.

Untuk
Admin sekolah dan penyelaras acara
Anggaran
10-25 minit
Bila guna
Buat selepas sistem kategori kejohanan telah dipastikan.

Langkah

  1. 1

    Buka menu Acara dan pilih kejohanan.

  2. 2

    Tambah acara secara manual atau gunakan import CSV acara.

  3. 3

    Isi nombor acara, nama acara, kategori acara dan jenis rekod.

  4. 4

    Pilih jenis penyertaan sama ada individu, berpasukan atau terbuka.

  5. 5

    Tetapkan jantina, kategori peserta, tarikh dan masa jika sudah ada jadual.

  6. 6

    Simpan dan semak senarai acara sebelum kejohanan bermula.

Tips

  • Gunakan nombor acara rasmi supaya borang markah mudah dirujuk.
  • Tarikh dan masa acara membantu eksport senarai peserta per rumah tersusun.
  • Acara terbuka sesuai untuk penyertaan merentas kategori.

Masalah lazim

Nama acara tidak keluar seperti dijangka.

Semak medan nama acara dan jenis acara. Sistem boleh jana nama paparan berdasarkan maklumat acara.

Acara import gagal kerana tarikh.

Gunakan format tarikh yang disokong seperti YYYY-MM-DD, DD/MM/YYYY atau DD-MMM-YY.