Panduan
Import peserta
Masukkan peserta secara pukal menggunakan CSV supaya setup lebih cepat.
- Untuk
- Admin sekolah dan urusetia peserta
- Anggaran
- 10-20 minit
- Bila guna
- Guna apabila sekolah sudah ada senarai peserta dalam Excel atau Google Sheets.
Langkah
- 1
Sediakan fail peserta dalam format CSV mengikut template sistem.
- 2
Pastikan nama peserta, jantina, kategori dan rumah sukan diisi dengan betul.
- 3
Buka menu Peserta dan pilih kejohanan yang betul.
- 4
Tekan Import CSV dan muat naik fail.
- 5
Semak pratonton data dan mesej ralat baris jika ada.
- 6
Betulkan fail sumber jika terdapat kategori atau rumah sukan yang tidak sepadan.
- 7
Sahkan import selepas semua baris penting sudah sah.
Tips
- Simpan salinan asal Excel sebelum eksport CSV.
- Elakkan simbol pelik dalam nama peserta untuk laporan yang lebih kemas.
- Import peserta dikunci untuk tier percuma jika melebihi had ciri.
Masalah lazim
Banyak baris gagal import.
Biasanya kategori, jantina atau rumah sukan tidak sepadan. Semak ejaan dan format dalam CSV.
Nama peserta berganda.
Semak fail sumber terlebih dahulu dan gabungkan rekod yang berulang sebelum import semula.