sukansekolahURUS SUKAN SEKOLAH ANDASemua panduan
Panduan

Eksport laporan

Jana PDF dan Excel untuk borang markah, keputusan, laporan akhir dan anugerah.

Untuk
Admin sekolah dan setiausaha sukan
Anggaran
5-10 minit
Bila guna
Guna sebelum kejohanan untuk borang, dan selepas keputusan lengkap untuk laporan rasmi.

Langkah

  1. 1

    Buka menu Eksport dan pilih kejohanan.

  2. 2

    Pastikan peserta, acara dan keputusan yang diperlukan sudah lengkap.

  3. 3

    Jika guna nombor bib, lengkapkan semua bib sebelum eksport rasmi.

  4. 4

    Pilih jenis eksport seperti borang markah, keputusan per acara, laporan akhir atau Excel.

  5. 5

    Untuk kejohanan beberapa hari, pilih eksport ikut hari jika diperlukan.

  6. 6

    Muat turun fail dan simpan salinan dalam folder rasmi sekolah.

Tips

  • Nama sekolah dipaparkan pada output untuk elak perkongsian akaun.
  • Tier percuma dikunci untuk eksport PDF dan Excel.
  • Semak fail PDF sebelum cetak dalam jumlah besar.

Masalah lazim

Eksport gagal kerana bib.

Sistem menghalang eksport rasmi jika masih ada peserta tanpa nombor bib apabila tetapan bib digunakan.

Butang eksport terkunci.

Semak tier sekolah. Eksport PDF dan Excel tersedia untuk tier Sekolah dan Pro.