sukansekolahURUS SUKAN SEKOLAH ANDASemua panduan
Panduan

Rumah sukan

Daftar rumah sukan, warna, logo dan prefix bib supaya kedudukan rumah tersusun.

Untuk
Admin sekolah
Anggaran
5-15 minit
Bila guna
Buat selepas kejohanan dicipta dan sebelum import peserta.

Langkah

  1. 1

    Buka kejohanan yang dipilih dan masuk ke tab rumah sukan.

  2. 2

    Tambah nama rumah sukan seperti Merah, Biru, Kuning atau nama rasmi sekolah.

  3. 3

    Pilih warna rumah yang kontras dan mudah dibaca.

  4. 4

    Jika ada, muat naik logo rumah sukan.

  5. 5

    Tetapkan prefix bib jika sekolah mahu nombor bib ikut rumah.

  6. 6

    Simpan dan ulang untuk semua rumah sukan.

Tips

  • Gunakan warna yang tidak terlalu gelap jika mahu logo rumah jelas di papan live.
  • Prefix bib memudahkan urusetia mengenal rumah peserta dengan cepat.
  • Semak ejaan rumah sukan sebelum import peserta.

Masalah lazim

Peserta tidak masuk rumah yang betul selepas import.

Pastikan nama rumah dalam CSV sama atau mudah dipadankan dengan rumah yang telah didaftarkan.

Logo rumah tidak muncul.

Semak format fail dan cuba gunakan PNG, JPG, WEBP atau SVG dengan saiz yang munasabah.