sukansekolahURUS SUKAN SEKOLAH ANDASemua panduan
Panduan

Rekod keputusan

Masukkan keputusan acara dan biarkan sistem mengira mata, pingat dan kedudukan.

Untuk
Urusetia keputusan
Anggaran
Semasa kejohanan
Bila guna
Guna selepas peserta dan acara sudah tersedia.

Langkah

  1. 1

    Buka menu Keputusan dan pilih kejohanan.

  2. 2

    Pilih acara yang mahu direkodkan.

  3. 3

    Masukkan keputusan peserta atau rumah mengikut jenis acara.

  4. 4

    Tetapkan kedudukan dan pingat berdasarkan keputusan rasmi.

  5. 5

    Simpan keputusan selepas semakan urusetia.

  6. 6

    Semak dashboard atau papan live untuk melihat kedudukan terkini.

Tips

  • Simpan keputusan sebaik sahaja acara disahkan supaya papan live sentiasa terkini.
  • Gunakan catatan manual urusetia sebagai sandaran jika internet kurang stabil.
  • Jangan ubah logik mata tanpa semak tetapan sistem mata kejohanan.

Masalah lazim

Kedudukan rumah tidak berubah.

Pastikan keputusan telah disimpan dan acara memberi mata mengikut tetapan sistem mata.

Peserta tidak muncul dalam acara.

Semak kategori, jantina dan jenis penyertaan acara. Peserta hanya muncul jika layak.