Panduan
Papan live
Paparkan kedudukan rumah, keputusan terkini dan ranking olahraga untuk skrin besar.
- Untuk
- Pengendali skrin dan urusetia teknikal
- Anggaran
- 5 minit setup
- Bila guna
- Guna pada hari kejohanan untuk paparan awam di dewan, padang atau projektor.
Langkah
- 1
Buka tetapan papan live pada kejohanan.
- 2
Pastikan paparan awam diaktifkan mengikut keperluan sekolah.
- 3
Buka pautan papan live pada komputer yang disambung ke projektor atau TV.
- 4
Gunakan mod skrin penuh untuk paparan yang lebih jelas.
- 5
Pastikan keputusan disimpan dari menu Keputusan supaya papan live dikemas kini.
- 6
Refresh halaman jika rangkaian terputus atau paparan tidak bergerak.
Tips
- Uji pautan papan live sebelum hari kejohanan.
- Gunakan internet stabil atau hotspot sandaran.
- Letakkan skrin pada jarak mudah dibaca oleh murid dan guru.
Masalah lazim
Papan live tidak update.
Semak sambungan internet, refresh halaman dan pastikan keputusan terbaru telah disimpan.
Tulisan terlalu kecil pada projektor.
Gunakan skrin penuh dan laraskan zoom pelayar mengikut saiz paparan.