Mula cepat SukanSekolah
Laluan paling ringkas untuk menyediakan kejohanan pertama dari kosong hingga boleh guna.
- Untuk
- Admin sekolah baharu
- Anggaran
- 15-30 minit
- Bila guna
- Guna panduan ini apabila sekolah baru pertama kali masuk ke sistem.
Langkah
- 1
Log masuk atau daftar akaun sekolah.
- 2
Lengkapkan profil sekolah supaya nama sekolah keluar pada laporan dan papan live.
- 3
Cipta kejohanan baharu dengan tarikh, lokasi, sistem kategori, dan sistem mata.
- 4
Tambah rumah sukan serta warna rumah.
- 5
Tambah acara secara manual atau import acara CSV.
- 6
Tambah peserta secara manual atau import peserta CSV.
- 7
Rekod keputusan acara yang sudah berlangsung.
- 8
Buka papan live dan eksport laporan akhir apabila data sudah lengkap.
Tips
- Sediakan senarai rumah sukan dan peserta sebelum hari kejohanan.
- Uji papan live sekurang-kurangnya sehari sebelum acara bermula.
- Jika guna nombor bib, pastikan semua peserta ada bib sebelum eksport rasmi.
Masalah lazim
Saya tidak tahu mahu mula di mana.
Ikut urutan dalam panduan ini dahulu. Selepas itu buka panduan topik yang lebih khusus jika tersangkut.
Boleh guna sistem walaupun data belum lengkap?
Boleh. Anda boleh tambah data sedikit demi sedikit, tetapi eksport rasmi lebih sesuai dibuat selepas acara, peserta dan keputusan lengkap.